Buah kuini di atas para,
Buah pulasan dibuat sekaya;
Remaja kini warisan negara,
Tonggak wawasan menuju jaya.
Burung gagak burung kenari,
Burung tempua di dahan kelapa;
Budaya lepak harus dihindari,
Hargai masa sebelum alpa.
Datang bertamu membawa sutera,
Orang berjaja buah peria;
Remaja berilmu bijak bersuara,
Cetusan minda melahirkan idea.
Pergi ke daik bawa bekalan,
Singgah di sumur mencuci muka;
Akhlak baik menjadi amalan,
Budaya timur tetap dijaga.
Orang Aceh berniaga papan,
Papan diguna sebagao hiasan;
Remaja gigih menjadi harapan,
Memimpin negara menuju wawasan
nukilan : nur irmazairi (SKSL)
(hadiah saguhati pertandingan pantun bertulis sempena Pesta Pantun 1993)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan